Qasey Honey. Powered by Blogger.

BAKED MACARONI CHICKEN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Ok janji ditepati…QH bersiaran hari ni…hihihi
Apa pasal la mood lemau nak update blog ni tak hilang2 lagi...padahal sebelum ni dah lama kot QH bercuti...hehehe...banyak dah resepi yang QH siapkan...cuma tu la...nak sampai ke sini yang bercinta...kikiki...harap tak mereputlah yang lain menunggu...QH banyak juga cerita yang nak dikongsikan dengan pengunjung blog QH ni...tapi masa tu belum ada lagi yang sesuai...tak kurang juga dengan permintaan minta QH buat 1 entri untuk photoshoot...nanti dah lapang2 sikit in shaa Allah QH akan cuba penuhi...tapi lebih kepada malu sebenarnya nak buat entri berkenaan dengan photoshoot tu sebabnya QH ni bukan profesional...amatur jer...jenis tangkap muat...nanti jika ada yang lebih mahir dari QH baca pos tu nanti...buat gelak diaorang jek...hehehe...rasa seram pulak...ngeeee


Hari ni QH nak kongsikan 1 resepi yang sangat simple...bila2 masa boleh buat jika teringin serta rajin la...hehehe...mana yang nak berdiet tu boleh cuba...makan ni je dah cukup...kenyang sangat...sejak2 ni QH suka pula makan baked macaroni ni...biasa QH beli jer...tapi kali ni QH cuba la masak sendiri...resepinya pon QH ikut citarasa QH je...memandai gitu...hihihi...tapi macam rasa sedap la pula...kikiki...macam kebiasaan yang QH beritahu sebelum2 ni...ianya terpulang pada selera masing2...nanti QH kata sedap sangat...ada pula yang kata sebaliknya...jadi kena la cuba...jika sedap bagi la kredit...kalau tak sedap pula jangan kutuk tapi bagi pendapat atau cadangan untuk memperbaiki mana yang terkurang tu...resepinya QH ada sediakan seperti di bawah tu ye...selamat mencuba...




BAKED MACARONI CHICKEN

Bahan-bahan:
250 gm macaroni – direbus dan toskan
200 gm isi ayam – dikisar
1 tin kecil sos spageti prego
1 biji bawang besar – dipotong dadu
2 biji bawang putih – dicincang
1/2 biji lada bengala hijau – dipotong dadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Cheese mozzarella secukupnya

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga sedikit garing dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
3. Masukkan pula sos spageti prego dan garam secukup rasa. Kacau dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan macaroni yang telah direbus dan toskan tadi. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan lada bengala. Kacau lagi. Matikan api.
6. Masukkan macaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam bekas yang sesuai.
7. Tabur mozzarella cheese di atas permukaan macaroni sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
8. Bakar sehingga 45 minit dengan suhu 170c.  Kalau still tak perang, boleh bakar lama lagi sehingga bahagian atas kelihatan perang dan cantik.