Wednesday, May 31, 2017

NASI KAK WOOK



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Salam Ramadhan ke-5

Hari ni nak kongsikan resepi iftar QH yang ke-2...maaf la lambat sikit updatenya...hihihi...resepi ni amat popular la kalau di Kelantan...memang resepi ni dari sana pon...tapi sesejak zaman viral ni...sekejap je dah menular ke tempat2 lain...di Kuala Lumpur sahaja terdapat banyak lambakkan kedai ala2 Nasi Kak Wook ni...bila rasa teringin pilih aje la mana2 kedai...

Tuesday, May 30, 2017

TERIMA KASIH SAJI JUN 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Salam Ramadhan yang ke-4
Alhamdulillah
Sekali lagi Qasey Honey muncul di dalam majalah Saji keluaran Jun 2017...orang kata kalau dah rezeki tu takkan kemana ye tak...apabila dipelawa QH tak mampu ingin menolak...ada yang dah beli belum majalah ni...ingat kena awal2 tau dapatkan majalah ni kehabisan nanti susah...


Di dalam Saji kali ni QH kongsikan 4 jenis biskut raya di ruangan Bonus Biskut Raya...sekali lagi juga QH digandingkan bersama dengan rakan2 blogger n Facebook...nak tahu siapakah gerangannya dan apakah resepi kukis2 dari QH tu...kena la dapatkan majalah ni segera...terdapat banyak resepi yang menarik tau...


Akhir kata dari QH...terima kasih kepada team majalah Saji Jun 2017...terutama sekali kepada Encik Tajul kerana sekali lagi mempelawa QH untuk Saji pada kali ini...in shaa Allah jika dipelawa dan QH mempunyai kelapangan tiada masalah untuk berkolaborasi...

SELAMAT BERPUASA DAN BERSAHUR SEMUA...


Jika ada ingin berkolaborasi bersama QH boleh terus emel di qaseyhoney1@gmail.com

Monday, May 29, 2017

CUCUR PISANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Salam Ramadhan yang ke-3...
Menu iftar pertama dari QH #cadanganhidanganiftar2017...tu dia hesteknya...hehehe
Seperti biasa...bila tiba bulan puasa ni ramai yang ingin berkongsi resepi iftar memasingkan...masa ini juga la kita akan jumpa pelbagai jenis masakan...ada yang senang dan agak rumit sedikit penyediaannya...itu semua terpulang kepada pilihankan...suka bila melihat kawan2 kongsi resepi macam2 ni...sekurang2nya membantu atau memberi sedikit idea kepada kita untuk menyediakan hidangan untuk keluarga kan...senang kerja...hehehe...

Friday, May 26, 2017

SAMBAL TUMIS DAGING BURGER



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah...dalam beberapa jam sahaja semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan dan di Malaysia pula malam ni merupakan Terawih yang pertama...dihening pagi nanti akan bermula sahur pertama...tiada apa yang diinginkan selain semoga ibadah puasa kali ni akan diberkati olehNya...

Tuesday, May 23, 2017

KURMA TELUR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kali ni selera tetiba nak makan kurma telur pula...rasanya lama juga QH dah tak makan lauk berasaskan kurma ni...hasil carian di Google terjumpa la dengan resepi dari dapur Kak Ratna iaitu Dari Dapur Madihaa...sesekali tu pasti ingin mencuba resepi dari kawan2 jugakan...terima kasih kak atas perkongsian resepi tersebut...

Thursday, May 18, 2017

KILLER BREAD CHOCOLATE



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Opsss!!! termeroti tanpa sengaja pula kali ni...hehehe...macam mana tak tersengaja apabila kemas2 tengok tepung roti dah tak lama hayatnya...hihihi...dari dibiarkan membazir macam tu sahaja...rajinkan juga la menguli...QH menguli menggunakan mixer je ni...Alhamdulillah masih sempurna kejadiaannya...

Wednesday, May 17, 2017

KEMPEN MASAKAN PENSONIC CHEF'S LIKES MUSIM KEEMPAT (2017)



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaaa tahun ni QH berpeluang untuk menyertai Kempen Pensonic Chefs Like 2017 yang merupakan tahun yang ke -4 kempen ni diadakan...
ehhh ehhh sebelum tu dah tahukan...baru2 ni QH ade join kontes dari Pensonic iaitu "We Want You To Be On Tv"...Alhamdulillah rezeki memihak kepada QH apabila terpilih sebagai salah seorang dari 7 orang pemenang yang dicari...


Memang sangat2 seronok...satu lagi pelajaran dan pengalaman yang baru bila berpeluang muncul di TV...berpeluang pula shooting bersama artis dan Chef pilihan Pensonic iaitu Dato Chef Haji Ismail...selain tu sudah tentu la hadiahnya dari Pensonic pilihan Chef Mail lagi...


Sebenarnya ada banyak lagi barangan yang menjadi pilihan Chef kali ni...antara barang2 tersebut adalah seperti gambar di bawah tu...banyakkan pilihannya...antara barangan Chefs Like ni ada juga menjadi pilihan QH iaitu AIRFRYER dan BREADMAKER...

Kenapa harus wajib memilih barangan Chefs Like Pensonic ni...cuba tengok kalernya...alahai suwitt muwittt la tengok...kaler pepel tu...sangat cantik bukan...bayangkan la jika barang2 tu kita susun di kabinet dapur mesti bertambah2 seri dapur kita tu nanti...mood nak ke dapur n memasak pon makin bertambah2kan...



Selain itu, sempena Kempen Pensonic Chefs Like ni terdapat kelas dan demostrasi masakan dari Chef Ismail di lokasi2 terpilih seluruh Malaysia...jom sertai "Chef Mail Live Cooking Class"...sebabnya setiap peserta akan dapat membawa pulang masakan yang telah di masak sendiri dan juga hadiah2 bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!! 


Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chefs Like Musim Keempat (2017):

      Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
      CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
      Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
      HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
      AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
      Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
      Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
      Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
      Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
      senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad)


Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chefs Like Musim Keempat (2017).


Lagi satu jangan lupa tau untuk menonton rancangan "Chef Mail Masak Bersama Pensonic" setiap hari Isnin pada pukul 6.00 petang...

Tahun ini rancangan popular “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” yang terdiri dari 8 episod akan kembali dengan lebih banyak aksi hebat. Para pemenang akan bersama barisan selebriti hot yang akan menyediakan hidangan yang menyelerakan bersama DCH Ismail. Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia. Bukan sahaja setiap episod rancangan ini dengan kehadiran selebriti tanahair rancangan yang mesti ditonton, penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” selepas menonton rancangan ini. 

In shaa Allah QH akan muncul di episod ke-5 nanti...jangan lupa saksikan episod QH nanti tau...  


Ok apa tunggu lagi jom sertai kempen Pensonic Chefs Like 2017 ni..untuk maklumat lanjut sila layari laman:

Facebook Pensonic: 
laman sesawang Pensonic: 
atau menelefon
Pensonic Careline: 1-800-881-770  
untuk maklumat lanjut.


Monday, May 15, 2017

ASAM PEDAS AYAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Haaa nampak tak...ni la dia asam pedas untukku...hehehe

Asam pedas ayam dengan orang Johor berpisah tiada tau...lagi satu tak semua tahu tau ada asam pedas ayam ni...agak susah juga la nampak di kedai2 makan...biasa yang kita akan jumpa asam pedas ikan, daging atau tetel...kebiasaanya kalau terjumpa asam pedas ayam tu semestinya pemilik kedai makan tu orang Johor...kalau di Johor asam pedas ni terlalu biasa...jika buntu nak masak ape...lauk ni la penyelamat pasti seisi rumah makan bertambah...hihihi

Friday, May 5, 2017

CHICKEN CHOP NESTUM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaaa tudiaa...
Hari ni selera omputeh lak...ala2 western gituu...hehehe
Jemu sekejap nak makan nasi...hihihi...iye la tu
Sesekali tukarlah selerakan...lagipon chicken chop ni makanan peberet QH...kalau tak buat sendiri...kalau rasa teringin pergi la mana2 kedai...

Wednesday, May 3, 2017

PASTA SPIRAL GORENG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bertemu lagi hari ni...
Walaupon kita sudah jarang bertemu di sini...
In shaa Allah QH akan cuba berikan resepi yang terbaik, meletop dan sedap sudah pastinya buat semua...
Yang penting semua tetap setia bersama QH...tanpa anda anda anda blog QH ni tiada maknanya...

Hendak di tutup blog ni terasa sayang la pula...walaupon dah agak sendu...tapi QH akan cuba teruskan jua meskipon jarang berupdate...